Friday, 22 April 2016

Resepi Ikan masak 3 rasa ala thai


ikan - lumur garam kunyit dan tepung jagung

bawang besar - mayang 
bawang putih - ketul
halia - hiris halus panjang 
Sedikit cili kisar 
tomato -hiris bulat
serai – hiris halus
daun limau purut
sos tomato
sos tiram
Sos cili
Sedikit sos ikan (xde xpe)
Gula
Garam
Air

Hiasan:
cili padi merah dan hijau
bawang besar - hiris bulat
lobak merah - ptg suka hati huhuhu
Daun bawang 
Daun sup

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia, serai dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. 

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan (klu msk sos ikan, krngkn garam sbb sos ikan dh masin) lobak merah, garam, gula dan  sedikit air. Sesuaikan rasa Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato, daun limau purut, dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu. 

Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba…. :)


No comments:

Post a Comment